PERCUMA EBOOK RAHSIA KUASA MIMPI

Dapatkan ebook percuma sila klik sini

Thursday, November 20, 2008

'Aneh' Boleh berkumpul dalam Mimpi

Bila anda mahir dalam seni mengawal mimpi, anda boleh buat apa saja dalam mimpi, termasuk berkumpul dengan kawan-kawan dalam mimpi.

Bunyinya memang aneh.Tetapi perkara ini tidak mustahil. Ramai orang yang pakar dalam mengawal mimpi bertemu dan berbincang dalam mimpi. Berbincang mengenai sesuatu perkara, berbincang perkara yang penting atau saja suka-suka.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang agak luar biasa yang boleh kita lakukan dalam mimpi ketika kita boleh mengusai mimpi.

Post yang lain saya akan berkongsi pengalaman kelebihan-kelebihan yang lain pula...

Selamat bermimpi

Thursday, May 15, 2008

KM atau Kawal Mimpi VERSI MALAYSIA

Sekarang ada orang yang sanggup mengajar Kawal Mimpi versi Malaysia(Tetapi kena la kursus hehehe..) Sesiapa yang benar-benar berminat atau sekadar ingin mencuba bagaimana rasanya Kawal Mimpi, jangan tunggu lagi!

Inilah masanya untuk anda mencuba sesuatu yang lain dari yang lain. Anda pasti teruja jika anda dapat kawal mimpi. Pelajarilah dengan kaedah yang sangat berkesan dan mudah diikuti. Tak sampai dua minggu anda akan rasa perubahannya.

Seperti yang saya selalu tulis dipost-post yang lalu. Anda boleh beli ebook atau buku dari mana saja. Tapi anda kena ingat, belajar dgn buku tak sama belajar secara kursus. Terutamanya kursus online.

Kursus online yang saya kendalikan, lebih menekankan kaedah yang paling sesuai dengan seseorang individu. Memang banyak cara dan teknik untuk mendapat KM. Tetapi kaedah manakah yang paling sesuai dengan anda.

Melalui pemantauan yang saya buat masalah ini tidak timbul. Melalui kursus ini anda diajar sehingga berjaya.

Yuran Kursus Online yang tak masuk akal sangat murah cuma RM50.00 untuk bulan April 2008 sahaja. Mulai 1 Mei 2008 yuran akan dinaikkan RM100 utk tempoh masa tertentu juga. Yuran sebenar RM250.(Ini pun masih murah)

Hehehe salam mimpi...

Saturday, March 29, 2008

Apa Alasan Anda Untuk Tidak Belajar Kawal Mimpi?



Ewah sedap bunyi tajuk diatas! Ada benarnya saya berkata begitu. Tentu anda nak tahu sebabnya bukan? Senang saja alasan saya, kenapa saya mengajak anda sama-sama mengusai KM ni.

Anda tentu tahu kan? apabila anda mahir mengawal mimpi anda sebenarnya seorang yang unik dan bertuah. Kenapa? Apa tidaknya.. memang anda unik, sebab anda boleh ceritakan kepada sesiapa saja pengalaman menjadi spiderman, bagaimana rasanya memanjat dinding?

Bagaimana rasanya melepaskan sarang labah-labah kedinding bangunan dan bergayut daripada dinding kedinding. Bagaimana rasanya terbang melintasi awam bersayap dan tanpa sayap. Bagaimana rasanya melalui dinding ke dinding, Bagaimana rasanya menjadi orang kuat?

Sehingga dapat mengangkat batu-batu besar dengan mudah. Mengeluarkan api melalui jari-jemari. Bagaimana rasanya mengembara keserata tempat cuma dengan terbang!! Dan banyak lagi kelebihannya. Saya akan sambung dipost akan datang.

Bagi saya, tidak menjadi soal anda hendak belajar dimana? Nak ambil kursus dibarat atau beli buku atau ebook.. tak semestinya dengan saya. Yang penting sama-samalah kita mengambil peluang untuk menambah kemahiran dan pengalaman baru ini..

Wednesday, March 26, 2008

Menambah Kemahiran (Skill).

Jadilah seorang juara.. Jadilah seorang pemain bolasepak yang mahir. Anda boleh mengasah apa saja kemahiran anda bila anda berada dalam mimpi(KM). Anda boleh berlatih setiap kali anda KM. Semasa tidur rugi jika kita tidak manfaatkan sepenuhnya.

Main bola atau apa saja olahraga semasa KM tidak meletihkan. Semasa KM anda tak perlu bermain bermati-matian. Cukup sekadar buat latihan dengan beberapa orang rakan yang memang cukup mahir. Watak dalam KM adalah watak-watak yang cukup mahir, tak kira bidang apa pun.

Anda cuma minta nasihat untuk mendapatkan taktik-taktik yang tak pernah orang gunakan dialam nyata. Pasti hasilnya sangat membanggakan.

Anda boleh bertanya apa saja daripada watak dalam KM anda itu. Anda boleh bawa cara permainan anda semasa KM itu kealam nyata.

Sekali lagi anda berada didalam KM bincang dan tambah lagi kemahiran serta taktik-teknik baru anda itu.

Anda boleh saja berkunjung ke APA ITU KAWAL MIMPI utk mengetahui sedikit pengenalan mengenai KM. Untuk mendapat hasil yg maksima dan cepat sila ke KURSUS ONLINE KM.

Tuesday, March 18, 2008

Satu Pertanyaan Daripada Saya.

Satu Pertanyaan Dari Saya.

Adakah anda tidur setiap malam? Jika jawapan anda Ya. Kenapa anda tidak jadikan tidur anda itu produktif dan bermanfaat kepada kehidupan anda. Kalau anda tidur , sudah tentu anda tidur lebih kurang 8 jam setiap malam.

Kalau lebih pun tak apa dan kalau kurang pun tak kisah. Yang penting anda tetap tidur. Tidur yang bermimpi tu cerita no2. Yang pentingnya sekarang.. anda ..tidur tak kira malam atau siang.

Mungkin anda kata anda tidur, tetapi masalahnya tidak pernah bermimpi pulak. Itu tidak mengapa. Yang itu datang kemudian. Memang ramai diantara kita tidur tidak bermimpi. Ramai orang mengganggap mereka tidur tetapi tidak bermimpi. Sebenarnya setiap kali kita tidur kita bermimpi.

Cuma kita tidak dapat mengingat mimpi saja. Sejurus kita bangkit dari tidur, mimpi-mimpi kita terus hilang. Itu sebabnya kita kata kita tak bermimpi.

Ok, jika setiap kali kita tidur kita bermimpi. Ini adalah satu pemberian yang tak patut kita abaikan. Dari itu kita patut ambil manfaat daripada mimpi-mimpi kita.

Mulai dari hari ini cuba anda perhatikan adakah anda bermimpi. Saya percaya jika anda amati setiap kali anda bangkit dari tidur sudah tentu anda dapati anda bermimpi malam tadi. Tak kiralah mimpi anda itu pendek atau panjang atau hitam putih.

Untuk mendalami seni ilmu mimpi bolehlah anda mengikuti perkembangan blog ini. Dan anda juga boleh ambil KURSUS ONLINE. Dengan mengikuti KURSUS ONLINE KM anda mula faham berkenaan tidur dan mimpi. Dan yang paling seronok anda dapat mengawal mimpi.

Thursday, March 6, 2008

Orang Tak Peduli Apa Kita Buat

Dalam mimpi khasnya semasa KM. Alam sekeliling sama saja, malah lebih harmoni lebih indah dan lebih nyaman suhunya. Cuma satu saja yang sangat berlainan. Apa pun yang kita buat, orang tak ambil peduli. Oklah saya bagi satu contoh...

Saya pernah berjalan-jalan melilau saja. Terlintas dihati nak singgah disalah sebuah rumah diantara rumah-rumah yang ada disitu. Saya terus pergi kehalaman rumah dan buka pintu lalu masuk kerumah. Dalam rumah tu memang ada penghuni.

Penghuninya macam biasalah, macam dialam nyata. Ada bapa ada ibu ada adik beradik dan ada perkakas rumah seperti biasa. Bila saya melihat dalam rumah itu ada beberapa budak perempuan. Budak perempuan ini anak-anak merekalah.

Fikir saya. Apa kata kalau aku ajak salah seorang dari anak-anak mereka ni bawa jalan-jalan keluar. Dan saya tak minta izinpun daripada ibu atau bapanya. Saya terus pegan tangan dan bawa keluar. Saya cuma tunggu saja apa respon ibu bapa mereka. Rupa-rupanya tak ada respon apa-apa pun. Selamba saja saya ambil anak dia(walaupun anak diaorg perempuan)

Bolehkan kita buat macam tu dialam nyata. Kalau nak tahu cuba la buat dialam nyata. Alamatnya kena kejar tak cukup tanah lah jawapnya.

Tak ada apa, itu cuma dialam mimpi. Saya suka cuba perkara baru dalam mimpi. Baru kita boleh bezakan antara reality mimpi dan sebenar.

Saturday, February 23, 2008

Jimatkan Wang Anda

Apa yang saya akan tuliskan kali ini bukanlah omongan kosong semata tetapi memang reality. Apakah maksud disebalik tajuk diatas. Bunyinya memang pelik. Tetapi sebenarnya tidaklah pelik.

Baiklah..apa yang saya maksudkan itu adalah semata mata menyatakan kepada anda. Bahawa anda akan banyak menghabiskan wang jika ada sesuatu makanan atau tabiat anda itu memerlukan wang yang banyak atau selalu anda inginkan.

Contohnya barang yang selalu anda beli adalah rokok. Jika anda seorang yang suka merokok anda boleh jimatkan wang dgn merokok waktu malam( dalam mimpi) Anda bebas merokok dalam mimpi anda sebanyak mana yang anda mahu. Yang pertama anda jimat wang dan yang kedua ianya tidak mendatangkan bahaya kepada anda.

Walaupun rasa rokok sama saja dalam mimpi. Kalau kena gayanya (ada cara-cara tertentu) anda boleh berhenti merokok terus. Kan itu jimat belanja namanya. Unuk mendapat hasil yang maksima saya cadangkan anda mengikuti KURSUS ONLINE jangan lupa klik pada kursus online.

Disana saya ada terangkan perbezaan hasilnya kalau dibandingkan dgn membaca ebook tulisan saya atau tulisan dari barat. Anda boleh membaca sebanyak mana buku-buku dari barat untuk menambah pengetahuan anda. Tetapi kebanyakan buku-buku atau ebook Cuma banyak teory sahaja. Mungkin ada juga praktikal tapi bila kita buat praktikal tidak ada sesiapa yang memantau perkembangan hasil yang kita perolehi.

Dengan kursus online anda dipantau setiap 3 hari untuk melihat perkembangan semasa anda. Jika anda ada kemuskilan atau pertanyaan atau apa-apa yng kurang jelas terus hubungi saya melalui email jika anda mengikuti KURSUS ONLINE

Kursus KM dibarat sangat mahal harganya. Yuran kursus mencecah sehingga RM10,000. Kalau dalam usd hanpir kepada USD5000.

Sunday, February 17, 2008

Mengurangkan Berat Badan Anda....

Sangat banyak manfaat KM keatas kehidupan kita sehari-hari. Kali ini saya ingin terangkan satu lagi faedah KM untuk diri kita. Berat badan adalah satu masalah juga. Betul tak? Bermacam cara dan ubatan telah digunakan. Hasilnya kurang memuaskan. Cuba pula yang ini... Sebenarnya KM ada fungsi tersendiri untuk menyelesaikan masalah berat badan.

Berat badan biasanya berkait rapat dengan makanan. Dan kita tidak mampu menahan nafsu makan. Betul kan? Masalah ini dapat diatasi jika anda berkebolehan KM. Tak payah saya cerita bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah ini melalui KM. Tentu anda sendiri dapat mengagak caranya...

Agak-agak tahu tak caranya? Kalau tak tahu... saya cadangkan silalah tanya melalui coment..hehehe...

Tuesday, February 12, 2008

Anda Selalu Diganggu Mimpi?

Walaupun tidak selalu diganggu mimpi. Orang yang bermimpi seram atau takut ni sangat menyusahkan tidur mereka. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara mengawal mimpi. Apa tidaknya...anda boleh kawal mimpi anda.

Sebagai contoh: Jika ada sesuatu objek yang menakutkan atau menyeramkan atau mungkin ada orang jahat mengejar kita. Bertenang dan ingat kita berada dalam mimpi dan kita boleh mengawal mimpi kita. Apa kita risau, mimpi kita. Kita adalah raja.

Halau je apa-apa ganguan tu. Dan kita berupaya menukar sesuatu objek atau peristiwa yang menakutkan kepada objek atau peristiwa yang mengembirakan.

Satu lagi contoh: Dalam mimpi tu tiba-tiba kita berjumpa dengan raksasa atau sesuatu yang besar dan mengejar kita. Berkemungkinan besar nak menerkam kita. Kita hanya perlu berhenti dan katakan kepada makhluk tadi. "Aku tak takut! aku boleh kecilkan engkau bila-bila masa yang aku suka! pergi kau dari sini!" Macam cerita ibu mertuaku pulak..hehehe..

Makhluk tu akan jadi kecil..dan cantik jika kita mahu...kalau nk tahu cubalah
Jangan lupa ke APA ITU KAWAL MIMPI jika anda ingin tahu mekanisma mimpi

Thursday, February 7, 2008

Pelik Tapi Benar...

Tajuk diatas sengaja saya bagi macam tu. Apa sebabnya? sebabnya mudah saja. Mengawal mimpi ni kepada sesetengah orang adalah perkara mustahil. Ahli sains pun sebelum mengkaji mereka hampir tidak percaya mimpi boleh dikawal.

Ya memang benar bagi sesetengah orang mengawal mimpi adalah perkara mustahil. Jangan kata kawal mimpi. Bermimpi pun katanya tak pernah.Pernah juga tetapi mimpi yang buruk buruk seperti mimpi ketakutan dan mimpi sedih, itu pun dalam setahun 2-3 kali je. Kira-kira macam tak bermimpila..

Dan lebih kurang 90% daripada manusia tak tahu pun mimpi boleh dikawal. Tak pernah dengar dan tak pernah diberitahu. Ok mengawal mimpi adalah pelik dan kawal mimpi juga adalah benar. Apa pun ianya adalah reality. Kesanggupan dan ingin adalah segala-galanya.

Cerita pasal mimpi ni saya nak sebut pasal mimpi yang biasa. Mimpi yang kita bermimpi kadang-kadang tu biasanya tak normal. Contohnya: Sedang kita memandu tiba-tiba kereta kita jadi basikal. Kita terus kayuh, tak ada pun kita rasa pelik. Inilah yg saya kata tidak normal. Memang dalam mimpi perkara yang tidak normal jadi normal bagi kita.

Kita tidak ambil peduli pun perkara yang tak normal berlaku disekeliling kita. Kadang-kadang tu tengah dok sembang debgan kawan yang bernama Ahmad tiba-tiba saja kawan kita tu bertukar jadi si Ali. Dalam mimpi perkara ini kita anggap normal je..
Dan banyaklah contoh-contoh mimpi yang tidak normal...

Lain pula dengan alam mimpi yang kita boleh kawal. Kebanyakan peristiwa adalah normal berbanding mimpi biasa adalah kebanyakan tidak normal..yang normal sekali sekala je..
Jangan lupa baca artikel di APA ITU KAWAL MIMPI

Monday, February 4, 2008

Sama Saja Dalam Mimpi dan Diluar Mimpi.

Sama Saja Dalam Mimpi dan Diluar Mimpi.

Berada dalam mimpi sama saja dengan berada di alam nyata. Alam mimpi mempunyai pelbagai benda sebagai contoh orang, binatang, ada binatang buas, binatang jinak, rumah, kereta, bukit dan lain-lain. Pendek kata apa saja yang ada dialam nyata. Dialam mimpi pun ada.

Tapi anda patut tahu dialam mimpi lebih banyak benda benda yang tak pernah kita lihat, yaitu benda-benda yang tak pernah wujud di alam nyata.

Satu contoh boleh saya ambil yaitu air milo. Air milo yang kita minum hari-hari tu sama saja rasanya dengan air milo yang kita minum dalam mimpi. Dan jika anda ingin tahu anda bolehlah mengecap setiap makanan yang ada dalam mimpi. Memang sama rasanya.

Satu lagi tentang persamaan dialam mimpi. Apa-apa yang wujud dialam mimpi boleh kita pegan, boleh kita gosok dan boleh kita rasa permukaannya samaada kasar, licin, berduri dan sebagainya. Sama saja. Cuba anda pegan kayu, buku dan pegan api. Aduh panasnya!!!

Dan yang paling saya tak boleh lupa, pengalaman saya. Semasa saya berada didalam sebuah rumah. Saya teringat ingin tahu sama ada matahari ni wujud ke tak wujud dialam mimpi. Saya keluar dari rumah itu dan pandang kelangit. Ternyata ada matahari sebijik macam matahari yg ada dialam nyata ni. Tapi hawanya tidak panas. Panasnya seperti panas masa dulu-dulu.

Suasana sangat tenang,nyaman dan suhu tidak terlalu panas dan taidak terlalu sejuk. Sedang-sedang saja. APA ITU KAWAL MIMPI

Jumpa Orang Yang Kita Ingin Jumpa...

Jumpa Orang Yang Kita Ingin jumpa…

Post yang lalu saya dah terangkan tentang kelebihan-kelebihan kawal mimpi. Kali ini saya ingin terangkan sedikit kelebihan yang Anda perolehi daripada KM. Sebenarnya banyak sangat kelebihannya sehingga tak terdaya saya nak menulisnya…tetapi saya akan terangkan juga peringkat demi peringkat

Seperti tajuk diatas. Ya inilah peluangnya jika kita benar benar ingin berjumpa dgn seseorang. Anda dapati individu yang kita ingin jumpa itu mempunyai persamaan dengan individu yang sebenr Cuma ada kelainan sedikit sahaja pada raut wajahnya. Contohnya jika kita ingin sangat jumpa artis yang kita minat. Mungkin diluar sana rasanya kita tak ada peluang.Jadi kita ambillah peluang melalui KM ini. Seronok!!

Anda dapat jumpa dan dapat berbual-bual apa saja topic. Asalkan anda benar-benar dapat mengawal mimpi. Jumpa siapa saja. Kita dapati ada rasa kepuasan tersendiri. Jangan takut KM adalah selamat. Anda boleh berbuat apa saja kemahuan anda disitu. Cuma satu je saya pesan jangan terjun lubang! Bukan bahaya, tetapi Cuma kita akan terkejut sedar ditengah-tengah kita sedang berada dalam wilayah kawal mimpi. Ini satu kerugian.

Satu lagi, jangan terjun kedalam air dari aras yang tinggi. Sebab kita akan tahan nafas kita apabila kita terjun kedalam air. Bukan bahaya! Kita akan tersedar jer..sebelum masanya. Kadang-kadang kita tak perasan apabila kita melakukan aksi tadi. Tapi kalau kita ada kesedaran total. Anda boleh bernafas dalam air. Tak lemas pun!

Caranya anda pergilah ketepi pantai atau sungai. Turun perlahan-lahan dan menyelam. Cuba anda bernafas dalam air. Sebenarnya kita dapat bernafas dalam air ketika bermimpi (dalam keadaan KM). KM adalah selamat InsyaAllah. Tak perlu dirisaukan…

Anda digalakan membaca semua artikel APA ITU KAWAL MIMPI untuk kefahaman anda berkenaan dgn mimpi atau KM.

Tuesday, January 29, 2008

Jadilah Apa Saja.

Assalamualaikum n ss.

Tajuk diatas "Jadilah Apa Saja" ya betul. Anda dapat jadi apa yang anda inginkan. Contohnya semasa dalam mimpi sekarang anda adalah manusia tiba-tiba fikir nak merasa jadi seekor arnab.Tiba-tiba saja anda jadi arnab dan anda boleh lakukan apa
lakukan. Macam saya,Satu kali tu saya rasa teringin nak rasa jadi burung.Boleh jadi burung terus dan saya lakukan seperti burung lakukan. Terbang dan sebagainya.Dan kita dapat lihat yang diri kita benar-benar burung.Lepas tu tukarla balikkebadan manusia biasa. Tak jadi masalah. Sama jugak jika kita rasa nak jadi orang hebat, kuat,jadi raja InsyaAllah anda dapat rasa semua itu. Satu lagi saya nak cerita. Katakan anda tak pernah memandu kereta yang sangat anda idam-idamkan. Masa inilah kita boleh lakukan dan rasakan. Pandu kapalterbang, helikopter, jet, kapal. Dan apa-apa aje yang anda inginkanHebat bukan...tapi banyak lagi kekebihannya nanti kita sambung lagi.
http://www.freewebs.com/kawalmimpi

Monday, January 28, 2008

Mencuba Masakan Yang Belum Pernah dimakan.

Assalamualaikum dan ss.
Topik kali ini adalah topik yang masih membicarakan tentang kelebihan dan kebolehan semasa kita dapat mengawal mimpi sepenuhnya. Pasal terbang,panjat dinding dan mengangkat benda2 berat telah saya sentuh pada post terdahulu. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana seseorang yang dapat mengawal mimpi itu dapat membuat perkara2 yang luar biasa ada yang utk suka2 dan ada juga sangat berguna untuk digunakan semasa dialam nyata. Contohnya jika kita ingin mengecap masakan atau makanan yg pelik2 cubalah rasa dalam mimpi ianya tidak bahaya dan boleh dirasa walaupun kita dah bangkit dari tidur. Itulah antara kelebihan2 yang kita dapat dimanfaatkan. Jumpa lagi lain kali bersambung....

Friday, January 25, 2008

Tangan Keluar Api

Assalamualaikum n ss.

Post kali ini saya ingin bercerita ttg kebolehan orang yg berjaya mengawal mimpi. Kira mustahillah kalau kita nk buat macam ni di alam nyata. Tapi yang seronoknya kita dapat
rasakan dan dapat pengalaman daripada apa yg kita lakukan. Cuba anda angkat batu-batu yang besar, ringan rasanya. Cuba pula cabut pokok-pokok yang besar, tak susah pun. Jika ada musuh menyerang gunakan saja tangan anda untuk melawan musuh. Samaada kita niat musuh jadi terpelanting atau kita keluarkan saja api dari tapak tangan kita...Wassalam.

Wednesday, January 23, 2008

Jadi Spiderman!

Assalamualaikum ss

Kali ini saya nak bercerita tentang kelebihan mengawal mimpi atau kontrol mimpi. Post yang lepas saya dah bagitahu kita boleh terbang kalau nk terbang. Tapi kali ini saya nak bagitahu satu lagi keseronokan yang dapat kita buat alami atau akan menjadi pengalaman seumur hidup kita. Bolehkah kita panjat dinding atau jadi seperti spiderman di alam nyata. Tentu sekali tidak! Siapa pun tak dapat lakukan. Tentu anda semua ingin rasa bagaimana rasanya jika kita memanjat dinding dan sebagainya dgn pantas dan selamat. Tak ada cara lain. Salah satu cara dgn mengawal mimpi aje. Jika anda dapat kawal mimpi.. anda dapat lakukan dengan mudah..selamat mencuba dan berjaya.

Kursus terkini diadakan di Kuala Terengganu pada 26/1/2008 SABTU.
Sila hubungi: 0139356301 atau email: control_mimpi@yahoo.com

Friday, January 4, 2008

Anda Boleh Terbang



Assalamualaikum.

Hari ini saya cerita sedikit berkenaan dengan kelebihan mengawal mimpi. Bila anda berjaya mengawal mimpi sepenuhnya. Anda boleh buat apa saja, contohnya terbang. Jika terlintas difikiran anda untuk terbang, bersiap lah untuk terbang. Anda dapat merasakan terbang yang sangat real. Kalaulah orang boleh terbang, rasanya seperti yang kita alami ini. Anda boleh melihat bumi dari atas. Kalau anda terbang tinggi maka jauhlah jaraknya dari bumi. Anda tak apa-apa, anda 100% selamat. Kalau jatuh pun dalam mimpi je. Tapi bila kita sedang terbang kita tak akan jatuh. Kalau kita nk turun, turun je la. Sungguh senang dan sangat seronok...

Tuesday, January 1, 2008

BOLEH HADIR KURSUS.

Assalamualikum.

Selamat Tahun Baru 2008. Semuga kita mendapat limpah kurnia Ilahi ditahun ini dan akan datang. Bagi peminat-peminat kawal mimpi saudara semua dijemput untuk menghadiri kursus intensif sehari jika saudara benar-benar berminat dan ingin mengetahui lebih mendalam lagi berkenaan dgn mengawal mimpi. Kursus akan diadakan di Tempat dan Tarikh yg akan diumunkan di ruangan JADUAL KURSUS.

Untuk info lanjut sila call/sms: 0139356301 atau email control_mimpi@yahoo.com