PERCUMA EBOOK RAHSIA KUASA MIMPI

Dapatkan ebook percuma sila klik sini

Saturday, March 29, 2008

Apa Alasan Anda Untuk Tidak Belajar Kawal Mimpi?



Ewah sedap bunyi tajuk diatas! Ada benarnya saya berkata begitu. Tentu anda nak tahu sebabnya bukan? Senang saja alasan saya, kenapa saya mengajak anda sama-sama mengusai KM ni.

Anda tentu tahu kan? apabila anda mahir mengawal mimpi anda sebenarnya seorang yang unik dan bertuah. Kenapa? Apa tidaknya.. memang anda unik, sebab anda boleh ceritakan kepada sesiapa saja pengalaman menjadi spiderman, bagaimana rasanya memanjat dinding?

Bagaimana rasanya melepaskan sarang labah-labah kedinding bangunan dan bergayut daripada dinding kedinding. Bagaimana rasanya terbang melintasi awam bersayap dan tanpa sayap. Bagaimana rasanya melalui dinding ke dinding, Bagaimana rasanya menjadi orang kuat?

Sehingga dapat mengangkat batu-batu besar dengan mudah. Mengeluarkan api melalui jari-jemari. Bagaimana rasanya mengembara keserata tempat cuma dengan terbang!! Dan banyak lagi kelebihannya. Saya akan sambung dipost akan datang.

Bagi saya, tidak menjadi soal anda hendak belajar dimana? Nak ambil kursus dibarat atau beli buku atau ebook.. tak semestinya dengan saya. Yang penting sama-samalah kita mengambil peluang untuk menambah kemahiran dan pengalaman baru ini..

3 comments:

Anonymous said...

eh? Saya rasa pelik...
Bagaimana kamu tau...
Tentang kawal mimpi...
Biar saya beritau kamu, apa yang kamu tulis seperti tentang spiderman, terbang, menembusi dinding, lompat jauh menjangkaui batasan, keluar bebola api dan petir dari tapak tangan, mengangkat sebidang tanah keatas tanpa menggunakan jentera, segala benda yang kita fikirkan dalam minda akan muncul sebagai objek nyata di alam mimpi dimana kita boleh rasa dan sentuh, bayangkan seseorang di dalam minda lalu seseorang itu benar-benar muncul, dan pelbagai perkara kita boleh lakukan di alam mimpi. Walaupun sedang tidur, tapi kita masih boleh sedar dan tahu bahawa kita sedang berada di alam mimpi. Semua perkara diatas yang saya tulis ini telah saya alami. Secara ringkasnya, saya boleh mengawal diri sendiri bila saya bermimpi. Dan perbuatan yang paling kerap dan menjadi kegemaran saya di alam mimipi ialah terbang tanpa sayap. Kadang kala saya cuba terbang setinggi mungkin tapi saya dapati ada lapisan yang menghalang diatas. Saya tak tahu kenapa...
Dan alam mimpi yang saya alami sangat sunyi...
Cuma ada saya saja... tiada bunyi dialam mimpi..
Kecuali bunyi dari hati saya...
Terpulang kepada kamu sama ada mau percaya atau tidak. Saya cuma mau beritau kamu, kelebihan ini saya dapat secara kebetulan. Tapi kuasa ini smakin hilang ^_^ Mungkin saya kurang latihan di alam sana.

-maeL-

Anonymous said...

Kemahiran KM adalah 1 bentuk skill yang begitu unik. Saya fikir, raja yang duduk disinggahsana yang empuk pun tak mampu melakukannya jika x belajar KM.Macam mana saudara boleh terlibat dalam bidang ini. Saya juga nak tahu sejauh mana KM ini mempengaruhi dan mengubah hidup anda..

Muhammad Rosdi Lucid Dream Malaysia said...

InsyaAllah dgn izin Allah.. banyak perkara yg dapat kita manfaatkan untuk kehidupan..