PERCUMA EBOOK RAHSIA KUASA MIMPI

Dapatkan ebook percuma sila klik sini

Monday, February 4, 2008

Jumpa Orang Yang Kita Ingin Jumpa...

Jumpa Orang Yang Kita Ingin jumpa…

Post yang lalu saya dah terangkan tentang kelebihan-kelebihan kawal mimpi. Kali ini saya ingin terangkan sedikit kelebihan yang Anda perolehi daripada KM. Sebenarnya banyak sangat kelebihannya sehingga tak terdaya saya nak menulisnya…tetapi saya akan terangkan juga peringkat demi peringkat

Seperti tajuk diatas. Ya inilah peluangnya jika kita benar benar ingin berjumpa dgn seseorang. Anda dapati individu yang kita ingin jumpa itu mempunyai persamaan dengan individu yang sebenr Cuma ada kelainan sedikit sahaja pada raut wajahnya. Contohnya jika kita ingin sangat jumpa artis yang kita minat. Mungkin diluar sana rasanya kita tak ada peluang.Jadi kita ambillah peluang melalui KM ini. Seronok!!

Anda dapat jumpa dan dapat berbual-bual apa saja topic. Asalkan anda benar-benar dapat mengawal mimpi. Jumpa siapa saja. Kita dapati ada rasa kepuasan tersendiri. Jangan takut KM adalah selamat. Anda boleh berbuat apa saja kemahuan anda disitu. Cuma satu je saya pesan jangan terjun lubang! Bukan bahaya, tetapi Cuma kita akan terkejut sedar ditengah-tengah kita sedang berada dalam wilayah kawal mimpi. Ini satu kerugian.

Satu lagi, jangan terjun kedalam air dari aras yang tinggi. Sebab kita akan tahan nafas kita apabila kita terjun kedalam air. Bukan bahaya! Kita akan tersedar jer..sebelum masanya. Kadang-kadang kita tak perasan apabila kita melakukan aksi tadi. Tapi kalau kita ada kesedaran total. Anda boleh bernafas dalam air. Tak lemas pun!

Caranya anda pergilah ketepi pantai atau sungai. Turun perlahan-lahan dan menyelam. Cuba anda bernafas dalam air. Sebenarnya kita dapat bernafas dalam air ketika bermimpi (dalam keadaan KM). KM adalah selamat InsyaAllah. Tak perlu dirisaukan…

Anda digalakan membaca semua artikel APA ITU KAWAL MIMPI untuk kefahaman anda berkenaan dgn mimpi atau KM.

No comments: