PERCUMA EBOOK RAHSIA KUASA MIMPI

Dapatkan ebook percuma sila klik sini

Saturday, February 23, 2008

Jimatkan Wang Anda

Apa yang saya akan tuliskan kali ini bukanlah omongan kosong semata tetapi memang reality. Apakah maksud disebalik tajuk diatas. Bunyinya memang pelik. Tetapi sebenarnya tidaklah pelik.

Baiklah..apa yang saya maksudkan itu adalah semata mata menyatakan kepada anda. Bahawa anda akan banyak menghabiskan wang jika ada sesuatu makanan atau tabiat anda itu memerlukan wang yang banyak atau selalu anda inginkan.

Contohnya barang yang selalu anda beli adalah rokok. Jika anda seorang yang suka merokok anda boleh jimatkan wang dgn merokok waktu malam( dalam mimpi) Anda bebas merokok dalam mimpi anda sebanyak mana yang anda mahu. Yang pertama anda jimat wang dan yang kedua ianya tidak mendatangkan bahaya kepada anda.

Walaupun rasa rokok sama saja dalam mimpi. Kalau kena gayanya (ada cara-cara tertentu) anda boleh berhenti merokok terus. Kan itu jimat belanja namanya. Unuk mendapat hasil yang maksima saya cadangkan anda mengikuti KURSUS ONLINE jangan lupa klik pada kursus online.

Disana saya ada terangkan perbezaan hasilnya kalau dibandingkan dgn membaca ebook tulisan saya atau tulisan dari barat. Anda boleh membaca sebanyak mana buku-buku dari barat untuk menambah pengetahuan anda. Tetapi kebanyakan buku-buku atau ebook Cuma banyak teory sahaja. Mungkin ada juga praktikal tapi bila kita buat praktikal tidak ada sesiapa yang memantau perkembangan hasil yang kita perolehi.

Dengan kursus online anda dipantau setiap 3 hari untuk melihat perkembangan semasa anda. Jika anda ada kemuskilan atau pertanyaan atau apa-apa yng kurang jelas terus hubungi saya melalui email jika anda mengikuti KURSUS ONLINE

Kursus KM dibarat sangat mahal harganya. Yuran kursus mencecah sehingga RM10,000. Kalau dalam usd hanpir kepada USD5000.

Sunday, February 17, 2008

Mengurangkan Berat Badan Anda....

Sangat banyak manfaat KM keatas kehidupan kita sehari-hari. Kali ini saya ingin terangkan satu lagi faedah KM untuk diri kita. Berat badan adalah satu masalah juga. Betul tak? Bermacam cara dan ubatan telah digunakan. Hasilnya kurang memuaskan. Cuba pula yang ini... Sebenarnya KM ada fungsi tersendiri untuk menyelesaikan masalah berat badan.

Berat badan biasanya berkait rapat dengan makanan. Dan kita tidak mampu menahan nafsu makan. Betul kan? Masalah ini dapat diatasi jika anda berkebolehan KM. Tak payah saya cerita bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah ini melalui KM. Tentu anda sendiri dapat mengagak caranya...

Agak-agak tahu tak caranya? Kalau tak tahu... saya cadangkan silalah tanya melalui coment..hehehe...

Tuesday, February 12, 2008

Anda Selalu Diganggu Mimpi?

Walaupun tidak selalu diganggu mimpi. Orang yang bermimpi seram atau takut ni sangat menyusahkan tidur mereka. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara mengawal mimpi. Apa tidaknya...anda boleh kawal mimpi anda.

Sebagai contoh: Jika ada sesuatu objek yang menakutkan atau menyeramkan atau mungkin ada orang jahat mengejar kita. Bertenang dan ingat kita berada dalam mimpi dan kita boleh mengawal mimpi kita. Apa kita risau, mimpi kita. Kita adalah raja.

Halau je apa-apa ganguan tu. Dan kita berupaya menukar sesuatu objek atau peristiwa yang menakutkan kepada objek atau peristiwa yang mengembirakan.

Satu lagi contoh: Dalam mimpi tu tiba-tiba kita berjumpa dengan raksasa atau sesuatu yang besar dan mengejar kita. Berkemungkinan besar nak menerkam kita. Kita hanya perlu berhenti dan katakan kepada makhluk tadi. "Aku tak takut! aku boleh kecilkan engkau bila-bila masa yang aku suka! pergi kau dari sini!" Macam cerita ibu mertuaku pulak..hehehe..

Makhluk tu akan jadi kecil..dan cantik jika kita mahu...kalau nk tahu cubalah
Jangan lupa ke APA ITU KAWAL MIMPI jika anda ingin tahu mekanisma mimpi

Thursday, February 7, 2008

Pelik Tapi Benar...

Tajuk diatas sengaja saya bagi macam tu. Apa sebabnya? sebabnya mudah saja. Mengawal mimpi ni kepada sesetengah orang adalah perkara mustahil. Ahli sains pun sebelum mengkaji mereka hampir tidak percaya mimpi boleh dikawal.

Ya memang benar bagi sesetengah orang mengawal mimpi adalah perkara mustahil. Jangan kata kawal mimpi. Bermimpi pun katanya tak pernah.Pernah juga tetapi mimpi yang buruk buruk seperti mimpi ketakutan dan mimpi sedih, itu pun dalam setahun 2-3 kali je. Kira-kira macam tak bermimpila..

Dan lebih kurang 90% daripada manusia tak tahu pun mimpi boleh dikawal. Tak pernah dengar dan tak pernah diberitahu. Ok mengawal mimpi adalah pelik dan kawal mimpi juga adalah benar. Apa pun ianya adalah reality. Kesanggupan dan ingin adalah segala-galanya.

Cerita pasal mimpi ni saya nak sebut pasal mimpi yang biasa. Mimpi yang kita bermimpi kadang-kadang tu biasanya tak normal. Contohnya: Sedang kita memandu tiba-tiba kereta kita jadi basikal. Kita terus kayuh, tak ada pun kita rasa pelik. Inilah yg saya kata tidak normal. Memang dalam mimpi perkara yang tidak normal jadi normal bagi kita.

Kita tidak ambil peduli pun perkara yang tak normal berlaku disekeliling kita. Kadang-kadang tu tengah dok sembang debgan kawan yang bernama Ahmad tiba-tiba saja kawan kita tu bertukar jadi si Ali. Dalam mimpi perkara ini kita anggap normal je..
Dan banyaklah contoh-contoh mimpi yang tidak normal...

Lain pula dengan alam mimpi yang kita boleh kawal. Kebanyakan peristiwa adalah normal berbanding mimpi biasa adalah kebanyakan tidak normal..yang normal sekali sekala je..
Jangan lupa baca artikel di APA ITU KAWAL MIMPI

Monday, February 4, 2008

Sama Saja Dalam Mimpi dan Diluar Mimpi.

Sama Saja Dalam Mimpi dan Diluar Mimpi.

Berada dalam mimpi sama saja dengan berada di alam nyata. Alam mimpi mempunyai pelbagai benda sebagai contoh orang, binatang, ada binatang buas, binatang jinak, rumah, kereta, bukit dan lain-lain. Pendek kata apa saja yang ada dialam nyata. Dialam mimpi pun ada.

Tapi anda patut tahu dialam mimpi lebih banyak benda benda yang tak pernah kita lihat, yaitu benda-benda yang tak pernah wujud di alam nyata.

Satu contoh boleh saya ambil yaitu air milo. Air milo yang kita minum hari-hari tu sama saja rasanya dengan air milo yang kita minum dalam mimpi. Dan jika anda ingin tahu anda bolehlah mengecap setiap makanan yang ada dalam mimpi. Memang sama rasanya.

Satu lagi tentang persamaan dialam mimpi. Apa-apa yang wujud dialam mimpi boleh kita pegan, boleh kita gosok dan boleh kita rasa permukaannya samaada kasar, licin, berduri dan sebagainya. Sama saja. Cuba anda pegan kayu, buku dan pegan api. Aduh panasnya!!!

Dan yang paling saya tak boleh lupa, pengalaman saya. Semasa saya berada didalam sebuah rumah. Saya teringat ingin tahu sama ada matahari ni wujud ke tak wujud dialam mimpi. Saya keluar dari rumah itu dan pandang kelangit. Ternyata ada matahari sebijik macam matahari yg ada dialam nyata ni. Tapi hawanya tidak panas. Panasnya seperti panas masa dulu-dulu.

Suasana sangat tenang,nyaman dan suhu tidak terlalu panas dan taidak terlalu sejuk. Sedang-sedang saja. APA ITU KAWAL MIMPI

Jumpa Orang Yang Kita Ingin Jumpa...

Jumpa Orang Yang Kita Ingin jumpa…

Post yang lalu saya dah terangkan tentang kelebihan-kelebihan kawal mimpi. Kali ini saya ingin terangkan sedikit kelebihan yang Anda perolehi daripada KM. Sebenarnya banyak sangat kelebihannya sehingga tak terdaya saya nak menulisnya…tetapi saya akan terangkan juga peringkat demi peringkat

Seperti tajuk diatas. Ya inilah peluangnya jika kita benar benar ingin berjumpa dgn seseorang. Anda dapati individu yang kita ingin jumpa itu mempunyai persamaan dengan individu yang sebenr Cuma ada kelainan sedikit sahaja pada raut wajahnya. Contohnya jika kita ingin sangat jumpa artis yang kita minat. Mungkin diluar sana rasanya kita tak ada peluang.Jadi kita ambillah peluang melalui KM ini. Seronok!!

Anda dapat jumpa dan dapat berbual-bual apa saja topic. Asalkan anda benar-benar dapat mengawal mimpi. Jumpa siapa saja. Kita dapati ada rasa kepuasan tersendiri. Jangan takut KM adalah selamat. Anda boleh berbuat apa saja kemahuan anda disitu. Cuma satu je saya pesan jangan terjun lubang! Bukan bahaya, tetapi Cuma kita akan terkejut sedar ditengah-tengah kita sedang berada dalam wilayah kawal mimpi. Ini satu kerugian.

Satu lagi, jangan terjun kedalam air dari aras yang tinggi. Sebab kita akan tahan nafas kita apabila kita terjun kedalam air. Bukan bahaya! Kita akan tersedar jer..sebelum masanya. Kadang-kadang kita tak perasan apabila kita melakukan aksi tadi. Tapi kalau kita ada kesedaran total. Anda boleh bernafas dalam air. Tak lemas pun!

Caranya anda pergilah ketepi pantai atau sungai. Turun perlahan-lahan dan menyelam. Cuba anda bernafas dalam air. Sebenarnya kita dapat bernafas dalam air ketika bermimpi (dalam keadaan KM). KM adalah selamat InsyaAllah. Tak perlu dirisaukan…

Anda digalakan membaca semua artikel APA ITU KAWAL MIMPI untuk kefahaman anda berkenaan dgn mimpi atau KM.