PERCUMA EBOOK RAHSIA KUASA MIMPI

Dapatkan ebook percuma sila klik sini

Saturday, March 29, 2008

Apa Alasan Anda Untuk Tidak Belajar Kawal Mimpi?



Ewah sedap bunyi tajuk diatas! Ada benarnya saya berkata begitu. Tentu anda nak tahu sebabnya bukan? Senang saja alasan saya, kenapa saya mengajak anda sama-sama mengusai KM ni.

Anda tentu tahu kan? apabila anda mahir mengawal mimpi anda sebenarnya seorang yang unik dan bertuah. Kenapa? Apa tidaknya.. memang anda unik, sebab anda boleh ceritakan kepada sesiapa saja pengalaman menjadi spiderman, bagaimana rasanya memanjat dinding?

Bagaimana rasanya melepaskan sarang labah-labah kedinding bangunan dan bergayut daripada dinding kedinding. Bagaimana rasanya terbang melintasi awam bersayap dan tanpa sayap. Bagaimana rasanya melalui dinding ke dinding, Bagaimana rasanya menjadi orang kuat?

Sehingga dapat mengangkat batu-batu besar dengan mudah. Mengeluarkan api melalui jari-jemari. Bagaimana rasanya mengembara keserata tempat cuma dengan terbang!! Dan banyak lagi kelebihannya. Saya akan sambung dipost akan datang.

Bagi saya, tidak menjadi soal anda hendak belajar dimana? Nak ambil kursus dibarat atau beli buku atau ebook.. tak semestinya dengan saya. Yang penting sama-samalah kita mengambil peluang untuk menambah kemahiran dan pengalaman baru ini..

Wednesday, March 26, 2008

Menambah Kemahiran (Skill).

Jadilah seorang juara.. Jadilah seorang pemain bolasepak yang mahir. Anda boleh mengasah apa saja kemahiran anda bila anda berada dalam mimpi(KM). Anda boleh berlatih setiap kali anda KM. Semasa tidur rugi jika kita tidak manfaatkan sepenuhnya.

Main bola atau apa saja olahraga semasa KM tidak meletihkan. Semasa KM anda tak perlu bermain bermati-matian. Cukup sekadar buat latihan dengan beberapa orang rakan yang memang cukup mahir. Watak dalam KM adalah watak-watak yang cukup mahir, tak kira bidang apa pun.

Anda cuma minta nasihat untuk mendapatkan taktik-taktik yang tak pernah orang gunakan dialam nyata. Pasti hasilnya sangat membanggakan.

Anda boleh bertanya apa saja daripada watak dalam KM anda itu. Anda boleh bawa cara permainan anda semasa KM itu kealam nyata.

Sekali lagi anda berada didalam KM bincang dan tambah lagi kemahiran serta taktik-teknik baru anda itu.

Anda boleh saja berkunjung ke APA ITU KAWAL MIMPI utk mengetahui sedikit pengenalan mengenai KM. Untuk mendapat hasil yg maksima dan cepat sila ke KURSUS ONLINE KM.

Tuesday, March 18, 2008

Satu Pertanyaan Daripada Saya.

Satu Pertanyaan Dari Saya.

Adakah anda tidur setiap malam? Jika jawapan anda Ya. Kenapa anda tidak jadikan tidur anda itu produktif dan bermanfaat kepada kehidupan anda. Kalau anda tidur , sudah tentu anda tidur lebih kurang 8 jam setiap malam.

Kalau lebih pun tak apa dan kalau kurang pun tak kisah. Yang penting anda tetap tidur. Tidur yang bermimpi tu cerita no2. Yang pentingnya sekarang.. anda ..tidur tak kira malam atau siang.

Mungkin anda kata anda tidur, tetapi masalahnya tidak pernah bermimpi pulak. Itu tidak mengapa. Yang itu datang kemudian. Memang ramai diantara kita tidur tidak bermimpi. Ramai orang mengganggap mereka tidur tetapi tidak bermimpi. Sebenarnya setiap kali kita tidur kita bermimpi.

Cuma kita tidak dapat mengingat mimpi saja. Sejurus kita bangkit dari tidur, mimpi-mimpi kita terus hilang. Itu sebabnya kita kata kita tak bermimpi.

Ok, jika setiap kali kita tidur kita bermimpi. Ini adalah satu pemberian yang tak patut kita abaikan. Dari itu kita patut ambil manfaat daripada mimpi-mimpi kita.

Mulai dari hari ini cuba anda perhatikan adakah anda bermimpi. Saya percaya jika anda amati setiap kali anda bangkit dari tidur sudah tentu anda dapati anda bermimpi malam tadi. Tak kiralah mimpi anda itu pendek atau panjang atau hitam putih.

Untuk mendalami seni ilmu mimpi bolehlah anda mengikuti perkembangan blog ini. Dan anda juga boleh ambil KURSUS ONLINE. Dengan mengikuti KURSUS ONLINE KM anda mula faham berkenaan tidur dan mimpi. Dan yang paling seronok anda dapat mengawal mimpi.

Thursday, March 6, 2008

Orang Tak Peduli Apa Kita Buat

Dalam mimpi khasnya semasa KM. Alam sekeliling sama saja, malah lebih harmoni lebih indah dan lebih nyaman suhunya. Cuma satu saja yang sangat berlainan. Apa pun yang kita buat, orang tak ambil peduli. Oklah saya bagi satu contoh...

Saya pernah berjalan-jalan melilau saja. Terlintas dihati nak singgah disalah sebuah rumah diantara rumah-rumah yang ada disitu. Saya terus pergi kehalaman rumah dan buka pintu lalu masuk kerumah. Dalam rumah tu memang ada penghuni.

Penghuninya macam biasalah, macam dialam nyata. Ada bapa ada ibu ada adik beradik dan ada perkakas rumah seperti biasa. Bila saya melihat dalam rumah itu ada beberapa budak perempuan. Budak perempuan ini anak-anak merekalah.

Fikir saya. Apa kata kalau aku ajak salah seorang dari anak-anak mereka ni bawa jalan-jalan keluar. Dan saya tak minta izinpun daripada ibu atau bapanya. Saya terus pegan tangan dan bawa keluar. Saya cuma tunggu saja apa respon ibu bapa mereka. Rupa-rupanya tak ada respon apa-apa pun. Selamba saja saya ambil anak dia(walaupun anak diaorg perempuan)

Bolehkan kita buat macam tu dialam nyata. Kalau nak tahu cuba la buat dialam nyata. Alamatnya kena kejar tak cukup tanah lah jawapnya.

Tak ada apa, itu cuma dialam mimpi. Saya suka cuba perkara baru dalam mimpi. Baru kita boleh bezakan antara reality mimpi dan sebenar.