Assalamualaikum.
Bercerita pasal mimpi ni ada banyak topik jugak. Terutamanya pasal tafsir mimpi.Tapi saya minta maaflah sebab saya tidak mewnjurus kepada tafsir mimpi. Tapi lebih kepada mengawal mimpi atau mengikut kehendak hati apa nk buat dalam mimpi.Ada orang berkata dia tak pernah berminpi. Atau jarang sangat bermimpi. Saya rasa ramai orang kata begitu. Jarang nk jumpa org yang bermimpi setiap malam. Pada hakikatnya kita semua bermimpi setiap malam tapi kita lupa mimpi kita sejurus selepas kita bangkit. Adakah anda rasa sesuatu perasaan setelah anda bangun dari tidur? Jika ada itu menandakan anda baru lepas satu babak mimpi dan perasaan dalam mimpi tu masih kita rasai walaupun kita dah bangkit. Untuk belajar mengawal mimpi kita misti belajar mengingat mimpi-mimpi kita sekurang-kurangnya satu mimpi sehari...ok sampai jumpa lagi.selamat berpuasa hari ke 12. Wassalam.
1 comment:
Betul... selepas bangun memang saya ada merasai suatu perasaan semasa berada dalam mimpi tu. sejak kebelakangan ni, saya banyak mimpi sewaktu saya masih kecil kat kg (time cuti sekolah dulu saya selalu balik kg).
Yang saya ingat pasal mimpi tu ialah suasana kg saya. Tapi gambaran agak kekuningan (mungkin dah lama kot). Pas tu yang saya ingat, saya bermain2 dengan best friend saya yang duduk sebelah rumah. Perasaan saya time tu amat2 seronok sampai terbawa2 semasa terjaga dr tidur.
Post a Comment